Bin Nik Abd Rahman, Nik Mohamad Ariff (2023) Pelaksanaan Konsep Istibdal Harta Wakaf (Kajian di Majelis Agama Islam Selangor, Malaysia). Other thesis, UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi.
Skripsi Nik Mohamad Ariff revisi - Abdul Qayum.pdf - Accepted Version
Download (2MB)
Abstract
Skripsi ini bertujuan untuk menganalisis kaedah istibdal yang dilaksanakan oleh
Majelis Agama Islam Selangor (MAIS) di bawah pengelolaan Perbadanan Wakaf
Selangor (PWS) terhadap harta wakaf yang tidak ekonomik serta tidak mampu
menghasilkan dana bagi pembangunan harta wakaf di Negeri Selangor. Harta wakaf
perlu dipelihara demi memastikan manfaatnya berkekalan. Namun begitu, tidak
semua harta yang diwakafkan boleh kekal selamanya. Sesetengah harta seperti
kenderaan dan barangan elektrik mempunyai jangka hayat tertentu. Ia akan
mengalami kerosakan dan kemusnahan. Sesetengahnya tidak produktif. Justeru,
demi memastikan kelestarian harta wakaf, para fuqaha berpandangan harta yang
telah rosak atau musnah perlu ditukar dengan harta yang seumpamanya untuk
mengekalkan manfaat harta wakaf dan proses tersebut dinamakan Istibdal. Ia adalah
penyelesaian terakhir kepada pewakaf demi memastikan manfaat harta wakaf terus
dinikmati oleh penerima manfaat. Penulisan ini menggunakan kepada dua
metodologi utama yaitu metode pengumpulan data dan metod analisis data. Proses
pengumpulan data dilakukan menerusi metod wawacara dengan mengadakan sesi
wawacara bersama seorang responden yang berautoriti bagi mendapatkan
maklumat berkenaan pelaksanaan istibdal di Negeri Selangor. Natijahnya, istibdal
pada harta wakaf boleh dilakukan dengan pelbagai cara demi menjaga dan
menjamin kemaslahatan harta wakaf.
Kata Kunci: Harta Wakaf, Istibdal, Ekonomi, Fuqaha, Mawquf
Item Type: | Thesis (Other) |
---|---|
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | Fakultas Syariah > Hukum Ekonomi Syariah |
Depositing User: | Perpustakaan UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi |
Date Deposited: | 11 Jun 2024 03:56 |
Last Modified: | 11 Jun 2024 03:56 |
URI: | https://repository.uinjambi.ac.id/id/eprint/952 |